About EFAA

Engineering Faculty Alumni Association logo

Persatuan Alumni Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara Malaysia (EFAA-UiTM)

Ditubuhkan dan didaftarkan pada 22 haribulan November 2005 di Rumah Alumni, Kolej Melati,

Kampus UiTM 40450 Shah Alam Selangor dan berurusan pada alamat No13-1, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15 40200 Shah Alam Selangor.

Tujuan dan matlamat pertubuhan ini diwujudkan adalah kerana untuk menjadikan ALUMNI yang terkemuka setaraf dunia dengan :

1-Menyatukan bekas-bekas pelajar dan  kakitangan Fakulti Kejuruteraan UiTM di seluruh Malaysia.

2-Menjalankan kegiatan sukan,rekreasi,kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberikan kebaikan kepada ahli.

3-Bekerjasam dengan badan-Badan berkaitan untuk menjayakan  program akedemik/professional dan khidmat masyarakat bagi meningkatkan  imej  persatuan dan UiTM .

4-Bekerjasama dengan badan badan professional untuk meningkatkan profession  kejuruteraan terutama dalam memberi panduan dan tunjuk ajar kepada alumni yang baru tamat pengajian.

5-Memberikan kerjasama dan sokongan kepada UiTM secara berterusan untuk menjayakan hasrat UiTM menjadi university terunggul di negara dan di dunia.

6-Untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya  dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan ,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini. Sungguhpun begitu,peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.