Members

Keahlian terbuka kepada 3 kategori :-

(i) Ahli Biasa

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas  yang merupakan bekas pelajar kepada mana-mana  Fakulti  Kejuruteraan UiTM.

(ii)           Ahli Seumur Hidup

Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran ahli seumur hidup. Ahli seumur hidup dari EFAA-UiTM yang telah dibatalkan, diserap secara automatik kepada Ahli Seumur Hidup EFAA-UiTM 2017.

(iii)          Ahli Bersekutu

Terbuka kepada bekas kakitangan Fakulti kejuruteraan yang telah berhenti  dari bekerja di UiTM. Ahli bersekutu tidak layak bertanding untuk mana-mana jawatan yang dipertandingkan tetapi layak untuk perlantikan bagi sesuatu jawatan yang disediakan.

(iv)             Ahli Kehormat

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh  memberi sumbangan kepada pertubuhan. MEreka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuan bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.

4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan. Peraturan ini tidak melibatkan pelajar yang telah menjadi ahli tetapi menyambung semula pengajian diperingkat yang lebih tinggi.

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gaga! mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberi tahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja)

2. Yuran Tahunan bagi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu RM1.00 (Ringgit Malaysia: Seringgit sahaja)

3. Yuran Ahli Seumur Hidup RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus sahaja)

(a) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh tidak lewat dari akhir bulan Februari pada tiap-tiap tahun. (b) Yuran seumur hidup perlu dijelaskan semasa menjadi ahli. (c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuan bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan hendaklah ia sebagai ahli.

4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan. Peraturan ini tidak melibatkan pelajar yang telah menjadi ahli tetapi menyambung semula pengajian diperingkat yang lebih tinggi.

PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberi tahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh sahaja)

2. Yuran Tahunan bagi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu RM1.00 (Ringgit Malaysia: Seringgit sahaja)

3. Yuran Ahli Seumur Hidup RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus sahaja)

(a) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan dalam tempoh tidak lewat dari akhir bulan Februari pada tiap-tiap tahun. (b) Yuran seumur hidup perlu dijelaskan semasa menjadi ahli. (c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi dua (2) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran.

4. Sumbangan Pertubuhan dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

5. Kegiatan Ekonomi Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.